CWC: Messi dibelasah teruk bekas kelabMalaysia, Singapura dedah tren pertama RTS Link secara rasmiDigelar penyondol, Nora Ariffin hilang semangat ‘buat duit’Hamidin dilantik Presiden Kehormat FAMRider maut rempuh belakang bas ekspres rosak
Home » Anwar tegur mahasiswa dakwa kadar tarif elektrik naik sebab SST
Anwar tegur mahasiswa dakwa kadar tarif elektrik naik sebab SST
Anwar pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Bulan Jun 2025 di Dewan De Seri Endon, Puspanitapuri hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur segelintir mahasiswa yang didakwa menyebar maklumat tidak tepat kononnya berlaku kenaikan kadar elektrik akibat pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Perdana Menteri berkata, beliau tidak menolak sebarang kritikan, namun meminta semua pihak terutama anak muda supaya menyuarakan pendapat dengan berasaskan kebenaran.
“Katanya kadar elektrik naik. Saya tak faham. Betul ke dia (mahasiswa) terkesan (sedangkan) universiti awam dikecualikan.
“Kalau benar universiti kenakan caj elektrik kepada mahasiswa, kita kena betulkan,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama warga JPM di sini hari ini
Anwar yang juga bekas pemimpin pelajar turut mengingatkan golongan muda agar tidak sewenang-wenangnya menjadikan kebebasan bersuara sebagai medan menyebar fitnah atau maki hamun.
“Kalau kita kata kita ini pejuang mahasiswa dan ‘conscience of the majority’, maka suara kita mestilah mewakili nurani rakyat.
“Tetapi kadar elektrik hanya naik bagi kelompok pengguna teratas iaitu 10 hingga 15 peratus tertinggi. Adakah mahasiswa benar-benar terkesan?” soal beliau.
Perdana Menteri berkata, pelaksanaan SST turut disasarkan secara berhemah dan progresif, antaranya dengan memperkenalkan cukai terhadap buah-buahan import tertentu sahaja.
“Ya, memang ada SST pada buah import seperti epal, limau dan kurma. Tapi bila ada bantahan, saya minta semak semula. Kalau ada jenis limau yang lebih murah, kita boleh kecualikan.
“Saya sendiri arahkan Kementerian Kewangan semak dan buat penyesuaian segera. Jarang perkara ini berlaku, tetapi kita terbuka mendengar,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
Tags: cukai jualan perkhidmatan (SST)dakwaDatuk Seri Anwar Ibrahimelektrikkadarmahasiswanaiksebabtariftegur
Malaysia, Singapura dedah tren pertama RTS Link secara rasmi
Digelar penyondol, Nora Ariffin hilang semangat ‘buat duit’
Tarian Zafina gabungan zapin klasik, moden gegarkan UiTM Shah Alam
Usia bukan penghalang anak muda cipta nama dalam hiasan acara
Ibu anak tiga dipenjara tiga bulan, denda RM20,000 pecah amanah wang khairat kematian
Petugas kesihatan didakwa bertindak kasar keatas bayi baharu lahir
Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat
Bekas CEO saman Yayasan Bank Rakyat, dakwa ada campur tangan luar
Hampir 4.7 bilion cubaan tipu dalam talian sejak 2022 – Anwar